in

Sambutan luar biasa Pesta Chang, Aidiladha MACMA Pahang

IMG 20240701 113351 800 x 500 pixel 1
Gambar ihsan Zuraidi Ismail

KUANTAN, 1 Julai – Penganjuran Pesta Chang dan Aidiladha di Kubang Buaya, dekat sini, semalam menerima sambutan meriah.

Pesta itu dihadiri ratusan penduduk sekitar kawasan itu.

Kemeriahan sambutan dikongsi Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail melalui satu hantaran di Facebook.

Dia juga berkesempatan bertemu dengan Datuk Mohd Chan selaku penasihat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan pemilik rangkaian restoran Mohd Chan.

Gambar ihsan Zuraidi Ismail

“Pesta itu bertujuan merapatkan hubungan dan perpaduan antara kaum, khususnya di Kuantan.

“Tahniah di atas kejayaan program dan jutaan terima kasih atas jemputan,” katanya.

Pesta itu turut dihadiri bekas pengerusi MACMA Pahang, Datuk Izzudin Chong dan pimpinan MACMA Pahang. – nasionalkini.my

Dr Syed Husin Ali meninggal dunia, PKR Indera Mahkota rakam takziah

Astaka Padang Jengka 2 siap dua minggu lagi