in

Pemuda UMNO kemuka resolusi perkukuh parti esok

IMG 20230513 WA0003
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh

Oleh Yusuf Shafie

JASIN, 13 Mei – Pemuda UMNO akan mengemukakan resolusi dibawa sayap negeri dan bahagiannya untuk memperkukuhkan parti dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, esok.

Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, resolusi itu akan dikumpul dan digarapkan bersama kompenan parti lain untuk mencari apakah usaha terbaik untuk sayap pemuda Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Setakat ini kita telah perolehi lebih lima resolusi untuk dibentangkan dalam Konvensyen Pemuda Kerajaan Perpaduan pada sebelah pagi sebelum dibawa kepada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

“Namun tidak semestinya kita ambil semua resolusi yang diserahkan tetapi kita akan duduk menilai dan memuktamadkannya pada konvesyen itu nanti,”katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Jasin, di Dataran Orang Kampung, Merlimau di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata resolusi itu juga sudah pasti bertujuan memperkukuhkan lagi kerjasama semua sayap pemuda dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Konvensyen esok akan melibatkan pemuda parti gabungan kerajaan perpaduan yang dianggotai sayap Pemuda Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA).

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal mengumumkan penubuhan Geng Perpaduan yang disertai sayap-sayap pemuda parti dalam kerajaan untuk mengukuhkan hubungan pemuda dari pelbagai parti.

Geng Perpaduan akan dilancarkan pada konvensyen di WTCKL dalam persiapan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi. – nasionalkini.my

20230513 101921

2 beradik rentung dalam kebakaran

IMG 20230513 WA0005

Seks luar tabii, cabul, dera: Pengasas pusat tahfiz, adik direman 4 hari