in

Kekosongan kerusi DUN Pelangai akan dimaklum kepada SPR

IMG 20230818 100216 800 x 500 pixel
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Kekosongan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Pelangai akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, kata speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Kekosongan itu susulan kematian ahli dewan undangan negeri (ADUN) kawasan berkenaan, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas jet persendirian di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam, petang semalam.

Mohd Sharkar, berkata pihaknya akan membantu menyelesaikan urusan pengebumian Allahyarham Johari terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut.

“Apa-apapun kita mahu selesaikan urusan jenazah ini terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, lewat malam tadi, lapor Bernama.

Johari, 53, yang juga EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang adalah seorang daripada 10 mangsa terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1).- nasionalkini.my

IMG 20230818 085226 800 x 500 pixel

Mahrez jaring gol pertama di Al-Ahli

IMG 20230818 103342 800 x 500 pixel

Bayern batal niat beli de Gea