in

Bayern batal niat beli de Gea

Gambar oleh Agensi

MUNICH, 18 Ogos – David de Gea terpaksa melupakan impian menyertai Bayern Munich selepas kelab berkenaan membatalkan cadangan perpindahan bekas penjaga gol Manchester United itu.

Penjaga gawang utama skuad kebangsaan Sepanyol ketika ini berstatus ejen bebas selepas meninggalkan Manchester United.

Biarpun beraksi cemerlang pada musim lalu, de Gea melakukan beberapa kesilapan besar yang merugikan pasukan.

Kesilapan berprofil tinggi de Gea itu mengundang rasa kurang senang pengurus Manchester United, Erik ten Hag yang tidak bersetuju dengan kontrak baharu, membenarkannya meninggalkan kelab secara percuma selepas kontraknya berakhir.

Bayern sebelum ini dilaporkan berbincang dengan penjaga gawang berusia 32 tahun itu susulan kecederaan penjaga gol utama, Manuel Neuer.

Bagaimanapun, pengendali Bayern, Thomas Tuchel enggan menandatangani dea Gea sebaliknya lebih berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol kedua Manchester City, Stefan Ortega, lapor wartawan Sky Sports, Florian Plettenberg.

“FC Bayern tidak akan mengikat David (de Gea).

“Ia sudah diputuskan. Thomas (Tuchel) menghalangnya, lagipun Manuel Neuer dijangka kembali dalam beberapa minggu lagi.

“Seperti dilaporkan, Tuchel mahukan Ortega dan menelefonnya tetapi rundingan sudah berakhir.

“Perbincangan dengan De Gea diadakan.

“Dia berminat untuk menyertai Bayern. Tetapi ia tidak menjadi kenyataan,” ujar Plettenberg.

Neuer, 37, kembali daripada kecederaan jangka panjang selepas patah kaki ketika insiden bermain ski.

Pelapisnya Sven Ulreich menjaga gawang Bayern bagi perlawanan pertama musim ini, Piala Super Jerman menentang RB Leipzig tetapi Tuchel dan anak buahnya kalah 0-3.- nasionalkini.my

Kekosongan kerusi DUN Pelangai akan dimaklum kepada SPR

tragedi nahas

Tragedi pesawat: Kerajaan Pahang akan biayai semua kos pengebumian mangsa