in

Larang lelaki, wanita bukan muhrim dalam kenderaan awam

Gambar hiasan

BANDA ACEH, 10 Ogos – Pihak berkuasa di Aceh mengarahkan lelaki dan wanita yang tiada hubungan perkahwinan diasingkan dalam kenderaan dan tempat awam, sebagai usaha untuk memperketat undang-undang Islam.

Arahan itu terkandung dalam pekeliling yang dikeluarkan minggu lalu.

Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam.

“Pihak berkuasa memberitahu penjawat awam dan orang awam yang berlainan jantina dan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan agar jangan berkumpul di tempat awam, tempat sunyi serta dalam kenderaan,” menurut pekeliling itu.

Jurucakap kerajaan Acheh, Muhammad MTA, berkata pekeliling itu dikeluarkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membentuk generasi yang setia berpegang kepada nilai Islam dam kehidupan seharian mereka.

“Generasi Aceh bukan sahaja mampu bersaing di peringkat global tetapi juga mampu mengekalkan Islam yang disepadukan dalam adat, budaya dan kehidupan seharian masyarakat Aceh,” katanya kepada AFP.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, perintah baharu itu langkah pencegahan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan ulama.

Bagaimanapun hukuman jika melanggar perintah itu tidak jelas.

Walaupun meraih kritikan meluas, sebatan di hadapan khlayak ialah hukuman biasa bagi pelbagai kesalahan di wilayah itu, termasuk terbabit perjudian, pengambil alkohol dan hubungan luar nikah.

Dianggap kubu kuat Islam di Indonesia, Aceh dberikan hak untuk melaksanakan undang-undang syariah di bawah autonomi secara meluas oleh Jakarta pada 2001.

Langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang sentimen pemisah.

Khalwat atau bersekedudukan juga boleh dihukum mengikut undang-undang agama Acheh.

Indonesia mengiktiraf enam agama utama dan menyokong versi Islam yang bertoleransi.- nasionalkini.my

1.9 juta kenderaan guna PLUS esok

55e36942 38f3 4b26 bfc9 0cd4124adbd1

Polis siasat kes keganasan rumah tangga babit lelaki bergelar Datuk