PETALING JAYA, 27 Julai – Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP), ahli Kumpulan MMC, bersama Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) melancarkan program Eco Lestari dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kelab Alami Mukim Tanjung Kupang.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, program itu menjadi wadah terbaik dalam membina budaya dan minda masyarakat dalam memelihara alam sekitar.
“Segala usaha dipihak kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk menjaga kelestarian alam sekitar.
“la memerlukan keriasama dan penglibatan seluruh masyarakat, katanya melalui satu kenyataan, lapor KOSMO.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TP, Marco Neelsen berkata, program Eco Lestari mempunyai matlamat untuk membina komuniti hijau yang mampan melalui amalan mesra alam dan kesukarelawanan.
“Kami melantik 30 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pendas Laut, SK Tg Kupang dan SMK Tg Adang sebagai duta program Eco Lestari yang dinamakan ‘ECO Warriors’.
“Mereka akan didedahkan kepada ilmu teori dan praktikal yang akan dikelolakan ole Kelab Alami, satu badan bukan kerajaaan yang memfokuskan kepada pemeliharaan alam sekitar di sekitar mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah,” katanya.- nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN