in

Permaisuri, wanita pertama Filipina lawat Royal Selangor

Tunku Azizah (dua dari kanan) bersama isteri Presiden Filipina, Louise Araneta-Marcos (tiga dari kanan) melihat kerja menghasilkan piuter ketika melawat Royal Selangor Visitor Centre - Gambar oleh Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Pusat Pelawat Royal Selangor bersama-sama Wanita Pertama Filipina, Louise Araneta-Marcos petang semalam.

Tunku Azizah berangkat tiba di pusat berkenaan kira-kira jam 3.30 petang dengan isteri Presiden Filipina bagi menghayati sejarah pembuatan piuter (timah) di Malaysia.

Ketika lawatan, Seri Paduka dan Araneta-Marcos melihat produk piuter dan perak dihasilkan pekerja Royal Selangor serta menyaksikan bagaimana produk itu dihasilkan.

Royal Selangor turut dihiasi reruai jualan kain tenunan Pahang oleh banduan dari Penjara Penor, Pahang dan reruai jualan tenunan Pahang daripada Che Minah Sayang, lapor Bernama.

Turut dipamerkan di Royal Selangor, koleksi batik Sentuhan Permaisuri: Eksplorasi dan Eksperimentasi Batik Inderapura yang dihasilkan sendiri oleh Tunku Azizah.

Royal Selangor yang mempunyai kira-kira 500 pekerja kini tarikan besar pelancong luar untuk melihat kraf piuter buatan Malaysia yang menawarkan lebih 1,000 kraf pinggan, mangkuk dan cenderahati serta aksesori peribadi.

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan isterinya tiba di Kuala Lumpur pada petang Selasa untuk mengadakan lawatan negara selama tiga hari.- nasionalkini.my

quran 1

Aktivis anti-Islam provok bakar al-Quran di Denmark

Didik pelajar jaga alam sekitar