in

Pelajar tinggalkan kolej kerana kesempitan hidup dapat perhatian Ahmad Said

348834260 1651008578700681 7030428584638381819 n
Ahmad Said (kiri) ketika berkunjung ke rumah Ainun Mardiah Mat Lazim (tengah) dan ibunya Roslinawati Abd Rahman (kanan) di Kampung Bukit Ara, Ajil, Hulu Terengganu, kelmarin.

Oleh : Adnan Mohamad

HULU TERENGGANU, 25 Mei – Kesempitan hidup seorang pelajar Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Ainun Mardiah Mat Lazim, 19, sehingga memaksa meninggalkan pengajiannya mendapat perhatian Pengerusi Ketengah, Datuk Seri Dr.Ahmad Said, kelmarin.

Ainun Mardiah merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri, Mat Lazim Jusoh, 50, dan Roslindawati Abd Rahman, 45, tidak mahu meneruskan pengajiannya kerana ketiadaan wang untuk makan minum.

Ahmad ketika berkunjung ke rumah Ainun Mardiah di Kampung Bukit Ara, Ajil, di sini, berkata, segala masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar itu termasuk perbelanjaan selama pengajiannya dan tinggal di asrama di kolej tersebut akan ditanggung sepenuhnya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menyelesaikan yuran pengajiannya yang tertunggak lebih RM6,000.

“Kita mahu pelajar jurusan Diploma Pendidikan Kanak-kanak itu melaporkan diri bagi mengikuti pengajiannya serta tinggal di asrama secepat mungkin. Mana tahu, jika ada rezeki nanti dapat kerja boleh bantu kedua ibu bapanya,” katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Holding Sdn Bhd, Ramli Shahul Hameed dan Ketua Eksekutif Kolej Ketengah, Mohd Ramli.

Ahmad berkata, beliau sudah berbincang dengan pihak Kolej Ketengah itu supaya Ainun Mardiah segera melaporkan diri mengikuti pengajiannya sebagai persediaan mengambil peperiksaan pada 6 hingga 15 Jun depan.

Sementara itu, Mat Lazim yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu mengakui tidak mampu membiayai pengajian termasuk makan minum anaknya sepanjang berada di asrama.

“Saya bekerja, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan malam selain membeli ubatan untuk isteri saya (Roslindawati) yang sedang sakit diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

“Sekarang tubuh badan saya adakalanya kurang sihat menyebabkan saya tidak dapat melakukan pekerjaan saya tidak seperti dulu lagi dan ia apatah lagi untuk memberi wang secukupnya bagi Ainun Mardiah yang tinggal di asrama itu,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib Ainun Mardiah bolehlah menyumbang di akaun CIMB – 7644595863. – nasionalkini.my

scam phone1 1665551071

Rugi RM180,000 ditipu kenalan lama

Untitled design 2 1

Tawaran Muhyiddin: Khairy akan beri jawapan segera