in

Sinead O’Connor meninggal dunia

IMG 20230727 160957 800 x 500 pixel
O'Connor memeluk Islam pada tahun 2018 dan menggunakan nama Shuhada Sadaqat

DUBLIN, 27 Julai – Penyanyi terkenal kelahiran Ireland, Sinead O’Connor berusia 56 tahun meninggal dunia semalam.

Punca kematiannya belum diketahui namun ahli keluarganya menyifatkan kematian bintang itu sebagai ‘sesuatu yang memeranjatkan’ dan meminta semua pihak menghormati perasaan ahli keluarga ketika berdepan saat sukar ini.

O’Connor dilahirkan di Dublin, Ireland dan kematiannya itu berlaku setahun selepas kejadian bunuh diri anak lelakinya yang berusia 17 tahun.

Dia memeluk Islam pada tahun 2018 dan menggunakan nama Shuhada Sadaqat.

O’Connor mencipta nama di pentas muzik dunia pada tahun 1990 melalui lagu ‘Nothing Compares 2 U’ yang pernah dipopularkan oleh Prince.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230727 063131 800 x 500 pixel

Didik pelajar jaga alam sekitar

IMG 20230727 082227 800 x 500 pixel

Aiskrim Myra terapi rasa di musim panas