in

Warga emas rentung, pusat jagaan terbakar

Gambar hiasan

PETALING JAYA, 1 Ogos – Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas sebuah pusat jagaan orang tua di Seksyen 5, di sini, terbakar, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.33 pagi.

“Seramai 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media lapor Sinar Harian.

Wan Md Razali berkata, kebakaran melibatkan jenis bangunan struktur kelas A dan musnah terbakar 30 peratus daripada keluasan keseluruhan bangunan.

“Semasa kejadian terdapat 14 penghuni termasuk penjaga telah bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

“Walau bagaimanapun, terdapat seorang mangsa wanita berusia 69 tahun ditemukan rentung di atas katil dalam sebuah bilik di kediaman itu,” katanya.- nasionalkini.my

Cef Der tak lokek ilmu

Kek Singgit Kuantan pembuka selera pencetus rasa