in

Tragedi kepala air Jeram Mawar: 2 mayat ditemukan 8 masih hilang

gen2
Polis menemukan sebuah kereta Jenis Proton Gen 2 dan sebuah motosikal kira-kira dua kilometer dari penemuan mayat wanita berkenaan. Foto: Buletin tv3

KEMAMAN, 2 Julai – Kegembiraan sebuah keluarga untuk berkumpul di pusat perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih dekat sini bertukar menjadi tragedi apabila 10 sekeluarga dihanyutkan kepala air.

Tragedi yang berlaku ketika cuti sambutan Aidiladha ini menggemparkan penduduk di Kampung Laut, Pasir Gajah, berikutan penemuan mayat dipercayai seorang wanita hanyut di sungai di kampung berkenaan.

Penemuan mayat wanita sekitar 40-an itu dilaporkan kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

Pada masa  sama, satu lagi mayat lelaki ditemui di tebing sungai berhampiran Tasik Hutan Sungai Air Putih.

Susulan itu, Polis Kemaman membuka kertas siasatan dan  dipercayai kedua-dua mangsa yang ditemui lemas  dipercayai bersama 8 lagi mangsa  lain.

Pihak polis kemudian menemukan  sebuah kereta Jenis Proton Gen dan sebauh motosikal 2 kira-kira dua kilometer dari penemuan mayat wanita berkenaan.

motosikal lemas
Penemuan sebuah motosikal dipercayai mempunyai kaitan dengan keluarga yang terlibat dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar di sini, hari ini

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kemaman,Hanyan Ramlan berkata, dua mangsa yang ditemukan lemas di sini, hari ini adalah ibu dan anak lelakinya.

Mangsa dikenali sebagai Azizah Eiyi, 40-an, manakala anak lelakinya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 tahun.

“Identiti kedua-dua mangsa dikenal pasti selepas pengecaman yang dilakukan keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Kemaman, malam ini,” katanya.

Terdahulu, mayat Azizah ditemui terapung oleh orang ramai jam 12.45 tengah hari dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer dari tempat kejadian.

Manakala mayat Muhammad Zulqarnain ditemui kira-kira 5 petang tersangkut pada dahan pokok kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian

Hasil siasatan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau perlakuan jenayah dan mendapati mangsa telah lemas kesan dari kejadian kepala air yang berlaku di hutan Air Putih.

Pencarian mangsa terpaksa dihentikan dan akan disambung pagi esok. – Nasionalkini.my

mufti

Isu laungan azan tidak wajar dipanjangkan – Mufti P. Pinang

WhatsApp Image 2023 07 02 at 8.10.52 PM

1,000 keluarga asnaf DUN Permaisuri terima daging korban