BALING, 8 Julai – Seorang bayi lelaki berusia dua tahun ditemukan lemas di Lubuk Pedati, di sini, hari ini.
Memetik laporan BH, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 12.04 tengah hari.
“Komander Operasi memaklumkan ada seorang bayi lelaki hanyut ke sungai berhampiran sebuah tapak perkhemahan.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah turut meminta maklumat dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.
“Operasi turut dibantu malim gunung dan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Persatuan Rekreasi Luar dan orang awam,” katanya.
Mohd Jamil berkata, mayat ditemukan 3.3 kilometer (km) dari tempat dilaporkan hilang. – nasionalkini.my