in , ,

2 mangsa tragedi kepala air layak terima pampasan PERKESO

e6a1d72fc98c5727caa03f762782cb1d5eecdd81724b5
Perkeso

KUALA TERENGGANU, 7 Julai – Dua mangsa yang maut dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Kemaman, layak menerima pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO l).

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa tersebut adalah pencarum skim perlindungan dan pihak PERKESO telah mengadakan lawatan ke rumah waris mangsa.

“Pihak PERKESO akan membuat bayaran dalam masa terdekat (kepada waris),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Myfuturejobs dan SKSSR 2023 di sini, hari ini, lapor Bernama.

Sabtu lalu, 10 orang termasuk sembilan sekeluarga hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih dan setakat ini sembilan mangsa yang maut telah ditemukan.

Keluarga tersebut berasal dari FELDA Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang, manakala seorang lagi mangsa berasal dari Batu Pahat, Johor. – nasionalkini.my

358455359 831392665011240 17846141012140487 n

UPNP gagalkan aktiviti perlombongan bauksit haram

20230602 092923

Warga Singapura bergaduh di stesen minyak ditahan