KUALA LUMPUR, 17 Mei – Kebakaran berlaku di Kompleks Beli Belah Mid Valley Megamall pagi ini yang mana kepulan asap hitam yang menjulang dapat dilihat daripada beberapa kilometer dari tempat kejadian.
Video kebakaran itu turut dikongsi beberapa pengguna media sosial.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kerja memadam kebakaran sedang berjalan.
Menurut jurucakap itu, kebakaran berlaku di pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kompleks itu. – nasionalkini.my