in

TNB taja program tanam pokok sejak 2009

Gambar oleh TNB

KUANTAN, 4 September – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah menaja dan menanam lebih 67,500 anak pokok sejak 2009.

Program itu adalah selari dengan tagline ‘Tree For A Tree’ pihak TNB.

Ketua Pegawai (Penyelesaian Perniagaan Global) TNB, Datuk Ahmad Hushairi Ibrahim berkata, semua usaha ini adalah sebahagian perancangan jangka panjang syarikat pembekal utiliti utama negara itu.

Gambar oleh TNB

“Melalui kerangka strategik ‘Hala Tuju Kelestarian 2050’ ditetapkan TNB, kami komited untuk menjadikan Malaysia bebas pelepasan karbon menjelang tahun 2050,” katanya ketika berucap merasmikan program ‘My Brighter Green’ di Villa Cahaya TNB Kuantan, baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Baderul Sham Saad.

Pada program itu, Hushairi dan Baderul Sham bersama kakitangan TNB menanam 30 anak pokok jenis Bucinda di perkarangan vila berkenaan.- nasionalkini.my

Agong, Permaisuri serlah keperibadian mesra rakyat

4 menu ‘air tangan’ Permaisuri untuk penduduk Lahad Datu