PEKAN, 13 Mei – Kawasan hutan seluas kira-kira 200 hektar berhampiran Ladang KMT Jalan Pekan-Nenasi dekat sini mengalami kebakaran hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 7.55 pagi.
“Operasi pemadaman turut mendapat bantuan lima anggota dari BBP Peramu dan empat lagi dari BBP Nenasi bersama beberapa buah jentera.
“Pasukan membuat pemadaman dengan menggunakan empat unit pam mudah alih GP 10/10 aliran 400 kaki 4 breaching dan lapan muncung sumber air terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemadaman turut dibantu 11 pekerja ladang serta menerima bantuan jengkaut.- nasionalkini.my