in

Tingkat peruntukan latihan kemahiran kepada penghantar

363390305 866934018121500 8514402692708613014 n
Anwar mengadakan perbincangan dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan p-hailing di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) kepada penghantar yang diterajui Kementerian Sumber Manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu diputuskan hasil perbincangan dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan parcel hailing (p-hailing) susulan respon diterima hasil perjumpaan bersama rakan penghantar pada 22 Julai lalu.

Beliau berkata, dalam menambah baik kadar upah penghantar juga, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan supaya tidak terbeban, di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat.

“Menteri Pengangkutan, Menteri Komunikasi dan Digital, Menteri Sumber Manusia serta Pegawai Kanan Kementerian turut hadir dalam sesi ini.

“Saya sudah menyampaikan keluhan penghantar terkait dengan isu kadar upah penghantaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, ikhtiar itu membuktikan kerajaan peka dan mengambil berat akan kepentingan semua pihak dalam meningkatkan penjanaan pendapatan rakyat serta memastikan kesinambungan perniagaan.

“Semua syarikat pengendali sudah memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah serta meneliti dan memperhalusi lebih lanjut akan pandangan daripada pihak penghantar berhubung penentuan dan pengiraan kadar upah,” katanya.

Katanya, pertemuan turut disertai lima orang wakil daripada penghantar bagi menyatakan pandangan dan mendengar maklum balas pihak syarikat. – nasionalkini.my

logo polis 2 1651832730

Wanita cedera disebat bapa

10 warga asing hilang tempat tinggal akibat kebakaran