in

Suspek cekik adik hingga mati direman 7 hari

Pelajar tingkatan dua sebuah sekolah arab berasrama di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah itu tiba di Kompleks Mahkamah Melaka menaiki van polis dengan berpakaian lokap kira-kira pukul 9 pagi tadi

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 6 Julai – Seorang remaja lelaki yang dipercayai mencekik adik kandungnya berusia 9 tahun sehingga meninggal dunia petang semalam, direman tujuh hari, bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 12 Julai itu dikeluarkan Majistret Nurul Asyikin Rosli di Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka selepas dipohon polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu pelajar tingkatan dua sebuah sekolah arab berasrama di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah itu tiba di mahkamah menaiki van polis dengan perpakaian lokap kira-kira pukul 9 pagi.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman mengingatkan pengetua dan warden sekolah di negeri ini tidak menyembunyikan mana-mana kes buli kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman

Beliau berkata, pihak sekolah juga perlu memantau tindak tanduk pelajar senior daripada terus ‘menghalalkan’ buli selepas minggu orientasi.

“Pelajar-pelajar senior ini ada kemungkinan ada yang buat orientasi tak berkesudahan (buli) lebih daripada minggu orientasi sekolah sebab itu kita kena pantau kelakuan mereka ini.

“Kita tak mahu kes buli ini berleluasa yang akhirnya menyebabkan banyak insiden-insiden tidak diingini berlaku,” katanya ketika ditemui selepas Program Perhimpunan Agensi Agama Negeri di Auditorium Masjid Al- Azim di Ayer Keroh, hari ini.

Semalam, Nasionalkini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun maut dipercayai dicekik oleh abang kandungnya di rumah keluarga mereka di Kampung Bukit Piatu.

Kejadian disedari ibu mereka menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV) pada telefon bimbitnya sebelum menghubungi jiran untuk membantu. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

JDT lancar JDT Fans Token

Syarikat beri NTL sedang disiasat