in ,

Dua beradik ditemukan lemas di Pantai Tanjung Buloh

Blank 2 Grids Collage

KOTA TINGGI, 1 Mei – Kegembiraan sebuah keluarga beriadah di Pantai Tanjung Buloh di sini sempena cuti umum Hari Pekerja, berakhir dengan tragedi apabila dua beradik ditemukan lemas.

Kedua-dua beradik yang lemas dikenali sebagai Siti Nursalina Johari, 10, dan kakaknya, Siti Rabiah, 13, berasal dari Ulu Tiram.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, terdahulu sepasukan sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Penawar dengan sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan kereta pacuan empat roda digerakkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.38 petang tadi.

“Setiba di lokasi, kami mendapati dua wanita dapat diselamatkan orang awam manakala dua lagi mangsa ditemukan lemas dan dibawa ke pantai.

“Pihak kami telah memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis bagi proses bedah siasat di Hospital Kota Tinggi (HKT). – nasionalkini.my

bagan 2

Rumah kakak dan pekan Bagan Datuk yang sunyi

zahid 1

Proses pembahagian kerusi tidak boleh dibuat tergopoh-gopoh