in

Mati lemas ketika jala ikan

IMG 20230701 115740 800 x 500 pixel
ANGGOTA bomba membawa naik mayat mangsa lemas di lombong dekat Jalan Bidor-Teluk Intan, Bidor pagi tadi - Gambar oleh Bomba Perak

TAPAH, 1 Julai – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menjala ikan di lombong di Jalan Bidor-Teluk Intan dekat Bidor di sini semalam, ditemukan mati lemas hari ini.

Pengarah Bomba Perak, Sayani Saidon berkata, mayat M Krisnan, 45, dijumpai dekat tebing lombong oleh anggota bomba pada pukul 9.21 pagi.

“Aktiviti pencarian diteruskan pada 8 pagi ini dengan tumpuan diberikan kepada lokasi jaring milik mangsa dijumpai semalam. Dua buah bot digunakan dalam operasi ini bermula dari tebing ke lokasi jaring pada jarak 30 meter menggunakan kaedah pusaran dan bentuk lapan,” katanya kepada KOSMO hari ini.

Menurutnya, mangsa telah dijumpai pada pukul 9.21 pagi berdekatan tebing selepas kaedah pencarian itu dilaksanakan.

Katanya, mayat mangsa yang dibawa naik ke tebing telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Seramai 29 anggota terlibat dalam operasi itu membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Unit Anjing Pengesan (K9), pegawai Zon 2 dan polis, manakala operasi yang diketuai Komander Operasi, A. Ravi tamat pada pukul 10 pagi,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230628 070604 800 x 500 pixel

Langkah kemas kini SOP COVID-19 tepat

IMG 20230701 123740 800 x 500 pixel

25 maut bas terbakar