in ,

2 kanak-kanak maut dipercayai lemas

lemas 2
Pasukan Bomba dan Penyelamat Pahang menerima laporan kejadian lemas kira-kira 3.07 petang . Foto ihsan Bomba dan Penyelamat Pahang

JERANTUT, 1 Jun – Dua kanak-kanak lelaki meninggal dunia dipercayai akibat lemas ketika mandi sungai di Kampung Batu Embun, dekat sini, petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 3.07 petang.

“Dua pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

“Ketika tiba di situ, mayat kedua mangsa berusia 13 tahun itu sudah ditemui orang awam yang berada berhampiran lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Safwan Zamri dan Mohd Hanafi Romzi.

Zulfadli memaklumkan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. – nasionalkini.my

Buka segera permohonan undi pos

kastam

Kastam tumpas 3 cubaan seludup dadah bernilai RM1.04 juta