in

Nahas Elmina: Kerajaan sumbang RM10,000 kepada keluarga Muhamad Hafiz

kedah 2
Bapa Muhamad Hafiz, Muhamad Salleh Othman, 57, tidak dapat menahan sebak ketika proses dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, Sungai Petani, semalam.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Sumbangan kewangan sebanyak RM10,000 diserahkan kepada keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit.

Timbalan Kewangan II, Steven Sim Chee Keong yang mewakili kerajaan juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga arwah di Kuala Lumpur .

“Hari ini, saya hadir mewakili Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk ziarah dan menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa,”

“kami juga bersedia membantu dan erkara tersebut telah dimaklumkan kepada bapa mangsa, Muhamad Salleh Othman, 57.

“Kalau ahli keluarga nak ambil barang-barang arwah di Kuala Lumpur atau perlukan apa-apa bantuan, boleh hubungi saya atau mana-mana wakil kerajaan,“katanya ketika ditemui pada majlis pengebumian tersebut.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, yang merupakan salah seorang mangsa dalam nahas pesawat terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam pada Khamis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda Kampung Jerung.

Jenazah Allahyarham tiba di pekarangan masjid pada jam 2.57 petang dan selamat dikebumikan pada jam 3.45 petang selepas selesai disolatkan.

Dianggarkan lebih 500 orang termasuk saudara-mara dan masyarakat setempat hadir ke masjid berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. – nasionalkini.my

dbkl

DBKL sita empat premis hiburan

JDT belasah Kelantan TRW