in

Penghuni PPR culas bayar sewa berdepan tindakan kunci air – DBKL

dbkl 1
DBKL mengenakan tindakan kunci air pada penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa dan PPR Seri Alam yang mempunyai tunggakan sewa.

KUALA LUMPUR, 2 Sept. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak tegas apabila mengenakan tindakan kunci air kepada penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa dan PPR Seri Alam yang berdegil melangsaikan tunggakan sewa.

Langkah tersebut diambil selepas pelbagai ruang dan usaha diberikan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan ini bagi menjelaskan bayaran sewa yang tertunggak.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya melalui Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) sedang melaksanakan Operasi Kunci Air (OKA) ke atas penyewa-penyewa yang bertunggakan sewa ini.

dbkl 2
DBKL menasihatkan kepada penyewa-penyewa yang memiliki tunggakan bayaran sewa untuk melunaskan bayaran sebelum tindakan diambil.

“JPKKB telah melaksanakan tindakan tersebut di kawasan PPR Perkasa dan PPR Seri Alam dan akan meneruskan tindakan itu di lokasi yang lain.

“Pelbagai usaha telah dibuat bagi memberi ruang kepada penyewa yang mempunyai tunggakan sewa seperti mengeluarkan hebahan, notis, sesi bersemuka dan pembukaan kaunter bergerak.

“Ia bertujuan bagi memudahkan penyewa berunding untuk menstrukturkan bayaran bagi menjelaskan tunggakan,” katanya, hari ini,

Justeru, DBKL menasihatkan kepada penyewa-penyewa yang memiliki tunggakan bayaran sewa untuk melunaskan bayaran sebelum tindakan diambil. – nasionalkini.my

Brighton ‘ikat’ Fati

UMPSA Bridge Run tarik perhatian 2,000 peserta