in

Jualan Amal bantu pesakit kanser

Gambar hiasan

KUANTAN, 19 Julai – Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kuantan Pahang (PSKPKP) akan menganjurkan Jualan Amal bagi mengutip dana persatuan itu, hujung bulan ini.

Program itu akan diadakan di Pusat Latihan Bola Keranjang Kuantan, dekat Alor Akar, di sini pada 30 Julai, bermula jam 9 pagi hingga jam 1 petang.

Yang Dipertua PSKPKP, Prof Datuk Dr Humairah Abdul Samad berkata, dana yang dikumpul daripada program jualan itu akan digunakan untuk membantu ahli yang sedang menjalani rawatan.

IMG 20230718 185449
Program Jualan Amal akan berlangsung 30 Julai ini di Pusat Latihan Bola Keranjang Alor Akar, Kuantan

“Antara aktiviti menarik sepanjang program itu adalah jualan amal makanan, buah-buahan dan pakaian terpakai.

“Selain itu, PSKPKP juga menyediakan pelbagai jenis kuih-muih untuk dibeli pengunjung serta pokok bunga hiasan juga ada dijual sepanjang program berlangsung,” katanya.

Dr Humairah turut memberitahu, acara senaman ringan seperti tarian garisan dan zumba turut diadakan pada program itu.

“Sebenarnya program jualan amal seumpama ini memang kita adakan setiap tahun, sejak PSKPKP ditubuhkan kira-kira 15 tahun lalu.

“Cuma kita berhenti seketika daripada menganjurkan program apabila COVID-19 melanda dunia antara tahun 2019 hingga 2022.

“Jadi, kita harap penduduk sekitar Kuantan dapat memberi sokongan kepada kami pada program kali ini,” katanya.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

3 maut lemas dalam kereta

Irfan Bakti letak jawatan pengendali Kuching City