in

Wartawan diserang suspek bertopeng

Pertubuhan Wartawan Kosovo (AGK) berkongsi rakaman mengenai petugas media dilempar batu dan diserang secara fizikal oleh suspek - Gambar oleh Agensi

PRISTINA, 17 Jun – Sembilan wartawan diserang suspek bertopeng di sekitar Dewan Bandaraya di Leposavic, utara Kosovo pada Jumaat lalu.

Pertubuhan Wartawan Kosovo (AGK) berkongsi rakaman mengenai petugas media dilempar batu dan diserang secara fizikal oleh suspek.

Perdana Menteri, Albin Kurti berkongsi rakaman itu di Twitter sambil berkata, “Seorang lagi wartawan diserang secara kejam semasa membuat liputan mengenai perkembangan di utara hari ini.

“Serangan fizikal terhadap mereka adalah tidak boleh diterima dan harus dikecam oleh semua pihak,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataannya.

Ketegangan meningkat di Kosovo selepas pemilihan datuk bandar etnik Albania di empat daerah di utara negara itu pada April.

Albania adalah kumpulan etnik utama di Kosovo, tetapi Serbia mendominasi kawasan utara, berhampiran sempadan dengan Serbia.

Sekurang-kurangnya 30 askar pengaman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) KFOR cedera pada 29 Mei ketika protes dan cubaan menghalang seorang datuk bandar mengangkat sumpah jawatan.

Dalam kejadian itu, lebih 53 orang awam turut cedera akibat terkena gas pemedih mata.

Serbia tidak mengiktiraf kemerdekaan Kosovo yang diisytiharkan pada 2008. – nasionalkini.my

Wanita maut kereta terbabas masuk gaung

Chong Wei 1

Chong Wei belum fikir jadi jurulatih tapi sedia bantu BAM