in

Suspek simbah asid menangis dibawa ke mahkamah

Seorang wanita warga emas menangis teresak-esak ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pagi tadi - Gambar oleh Sinar Harian

SELAYANG, 14 Julai – Seorang wanita warga emas menangis teresak-esak ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Dia dibawa ke mahkamah berhubung kes menyimbah asid kepada sepasang suami isteri, minggu lalu.

Wanita itu tiba jam 9 pagi, dengan memakai jubah biru, diiringi anggota polis.

Semalam, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata, lapor Sinar Harian.

Minggu lalu, sepasang suami isteri disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, Gombak.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup di bangunan pangsapuri terbabit.

Ia kemudiannya tular di media sosial, memaparkan seorang individu berdiri berhampiran mangsa, semasa menunggu lif sebelum bertindak menyimbah cecair dipercayai asid.

Mangsa, seorang wanita tempatan berusia 60 tahun dan suaminya warganegara Pakistan menerima rawatan di Hospital Selayang.

Enam hari selepas kejadian, seorang wanita warga emas ditahan bagi membantu siasatan kes itu.- nasionalkini.my

Kumpul tempayan antik guna media sosial

FB IMG 1689306713129

Maritim Malaysia tahan bot nelayan langgar syarat lesen