in

Wanita maut kereta terbabas masuk gaung

Kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter - Gambar oleh Bomba Pahang

KUANTAN, 17 Jun – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Jalan Lubuk Yu – Sungai Jering, dekat Maran, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pusat gerakan operasi bomba Pahang menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 11.34 pagi.

“Sebuah jentera bersama enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka dihantar ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.

“Sebaik tiba di lokasi, mayat mangsa itu sudah dikeluarkan oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

“Pasukan bomba kemudiannya membantu mengangkat mayat mangsa menggunakan tali dan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Zulfadli memberitahu, kereta jenis kenderaan utiliti sukan dipandu mangsa dipercayai terbabas ketika melalui jalan terbabit dan terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya lagi. – nasionalkini.my

Perjalanan terakhir ke universiti

Wartawan diserang suspek bertopeng