in

UNESCO digesa lindungi kawasan warisan dan arkeologi Palestin yang diceroboh Israel

pm palestin scaled
Muhammad Shtayyeh berkata, penduduk yahudi kini semakin berani memusnahkan tapak-tapak arkeologi terutama di bandar Sebastia berhampiran Nablus Tebing Barat dan perkampungan Husam di Baitulmaqdis.

TEBING BARAT, 19 Julai – Perdana Menteri Palestin, Muhammad Shtayyeh menggesa Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melindungi kawasan arkeologi dan warisan di wilayah berkenaan daripada diceroboh tentera Israel.

Tindakan berkenaan katanya dipercayai sebagai usaha meluaskan kawalannya.

Malah, penduduk yahudi kini semakin berani menceroboh tapak-tapak arkeologi terutama di bandar Sebastia berhampiran Nablus Tebing Barat dan perkampungan Husam di Baitulmaqdis.

Golongan itu katanya secara ganas memusnahkan walaupun kawasan berkenaan dikawal ketat oleh pihak Palestin.

“Tindakan berkenaan dilakukan bagi memperluaskan kawalan dengan tujuan membina perumahan-perumahan.

“Keadan bukan sahaja memberi tekanan kepada rakyat Palestin yang selama ini melindungi tapak-tapak warisan sebagai peninggalan kepada generasi akan datang,” katanya ketika berucap dalam mesyuarat kabinet, semalam.

Beliau menyifatkan tindakan berkenaan sebagai perbuatan yang berbahaya, diskriminasi dan perkauman dengan menghalang penduduk di dua wilayah itu mendapat hak asasi mereka. – Agensi

rompak

Suami subahat rompak isteri demi tuntut insuran akhirnya diberkas polis

Kenaikan harga barangan antara 1 hingga 3 peratus bulan depan