in

Suami subahat rompak isteri demi tuntut insuran akhirnya diberkas polis

rompak
TANGKAP layar sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih yang dinaiki tiga suspek dalam kejadian rompakan di Taman Hijau, Karak di Bentong, Pahang.

BENTONG, 19 Julai –  Seorang suami sanggup menjadi dalang dalam kes rompakan membabitkan isterinya sendiri semata-mata bagi membuat tuntutan insurans di Taman Hijau, Karak.

Dalam kejadian 17 Julai lalu, seorang wanita berusia 42 tahun didatangi tiga lelaki yang mengacukan sebilah  parang sebelum menggeledah rumah mangsa, sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna putih yang diletakkan di hadapan rumah.

Ketika kejadian, mangsa yang merupakan suri rumah tinggal berseorangan kerana ibu dan anaknya keluar ke rumah saudara, manakala suaminya menjalankan kerja amal di Karak.

Suspek bagaimanapun  berjaya membawa lari sejumlah barang kemas milik mangsa dan kerugian yang dialami wanita terbabit dianggarkan berjumlah RM16,000.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata,sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan IPD Nilai, Negeri Sembilan menahan dua lelaki tempatan berusia 33 tahun dan seorang warga asing berusia 24 tahun pada hari yang sama.

“Kereta digunakan oleh suspek  ketika kejadian tersebut  berjaya dirampas.

“Hasil siasatan, suspek yang ditahan memaklumkan suami mangsa yang berusia 47 tahun dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan ini semata-mata bagi tujuan tuntutan insurans,” katanya, hari ini.

Selain itu, tiga lagi suspek turut direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 24 Julai ini manakala suami mangsa direman lima hari sehingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan.

Zaiham menambah kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Akta Kanun Keseksaan, iaitu merompak berkumpulan dengan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan juga sebatan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 19 at 8.28.39 PM 1

‘Superhero’ sampah di dasar laut

pm palestin

UNESCO digesa lindungi kawasan warisan dan arkeologi Palestin yang diceroboh Israel