in

Kenaikan harga barangan antara 1 hingga 3 peratus bulan depan

Datuk Dr Ameer Ali Mydin

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya sekitar satu hingga dua peratus sahaja, dan bukannya sehingga 20 peratus diramalkan sebelum ini.

Beliau berkata, kenaikan secara mendadak itu tidak akan berlaku berikutan kadar ringgit kini berada pada tahap baik dan trend itu dijangka terus mengukuh.

“Sekarang dalam dua, tiga hari ini, US Dollar turun balik kepada RM4.53 hingga RM4.54, jadi saya boleh kata 100 peratus, harga tidak akan naik 20 peratus pada bulan Ogos ini.

“Kalau saya nak kata semua barang tidak naik, saya tidak pasti, tapi kalau naik pun, di antara satu hingga dua peratus sahaja,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program temubual Apa Khabar Malaysia, di Wisma Bernama semalam.

Beliau berkata kenaikkan harga barang juga bergantung kepada pelbagai faktor antaranya inflasi, permintaan dan penawaran selain kadar ringgit.

Sebelum ini beliau dan beberapa pakar ekonomi menyatakan harga barang pengguna dijangka meningkat, ada yang meramalkan sehingga 20 peratus menjelang Okober ini berikutan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia selain inflasi import.- nasionalkini.my

pm palestin scaled

UNESCO digesa lindungi kawasan warisan dan arkeologi Palestin yang diceroboh Israel

Pelajar kolej vokasional finalis anugerah global