in ,

Didakwa ‘cangkul’ ibu saudara kerana tanah

WhatsApp Image 2023 06 15 at 2.41.36 PM
Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan sehingga parah ibu saudaranya menggunakan sebatang cangkul, mingg

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 15 Jun – Seorang pengacara majlis didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan sehingga parah ibu saudaranya menggunakan sebatang cangkul, minggu lalu.

Tertuduh bertaraf pemastautin tetap, Johari, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah ke atas Jalilah Jalal, 60, menggunakan suatu alat yang jika digunakan sebagai senjata mungkin boleh menyebabkan kematian iaitu sebatang cangkul.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang di hadapan sebuah rumah bernombor di Jalan Daeng Tawi, Telok Mas 10 Jun lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara tertuduh dan mangsa berkenaan isu pemilikan tanah sehingga akhirnya menyebabkan terjadi perbuatan itu.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Mahkamah juga dimohon mengambil kira faktor kecederaan sehingga terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan cedera di bahagian otak, patah tulang pipi, dagu dan rusuk serta pendarahan mata.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu dibenarkan jaminan kerana perlu menyara isteri dan empat orang anak, selain mendakwa kejadian berlaku kerana dia ingin mempertahankan keluarganya.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh 18 Julai sebagai sebutan semula kes. – nasionalkini.my

354256241 797984141776989 3505791482935330784 n

Tahniah SP Setia, Sime Darby dan KSWP – Agong

340271387 918233289609576 7968792891605046600 n

Kerajaan Kedah cadang bubar DUN 28 Jun ini