in

Surau perlu dana bina bangunan tambahan

Surau lama Kampung Pantai, Seberang Chenor, Maran memerlukan dana untuk membina bangunan tambahan

KUANTAN, 4 Ogos – Ahli jawatankuasa (AJK) surau lama Kampung Pantai, dekat Seberang Chenor, Maran, memerlukan sumbangan bagi membina bangunan tambahan baharu.

Peruntukan kira-kira RM100,000 itu adalah anggaran kos untuk pembinaan bangunan berkenaan.

Wakil AJK surau terbabit memaklumkan kerja awalan sudah dimulakan di tapak bersebelahan surau itu.

Surau itu pernah terjejas teruk akibat banjir tahun 2021

“Jumlah anggaran itu diberitahu oleh tukang yang diberi tanggungjawab membina bangunan berkenaan.

“Jadi, kami mewakili AJK dan penduduk sekitar mempelawa mana-mana pihak yang sudi menyumbang untuk menampung kos pembinaan itu,” katanya kepada nasionalkini.my baru-baru ini.

Surau lama Kampung Pantai pernah mengalami kerosakan teruk akibat ditenggelami banjir pada Januari 2021.

Selain digunakan sebagai tempat solat, surau lama itu juga dijadikan tempat pelajar pondok Pok Kob, Chenor dan penduduk berdekatan menjalankan aktiviti keagamaan mereka.

Sumbangan boleh dibuat melalui nombor akaun disediakan

“Jadi, kami harap boleh siapkan bangunan tambahan dalam masa terdekat bagi mengelakkan kerosakan peralatan surau jika berlaku lagi bencana banjir pada masa akan datang,” kata wakil AJK surau itu lagi.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui pindahan wang ke akaun Bank Islam bernombor 06028010068535 atas nama Tetuan Surau Kampung Pantai.- nasionalkini.my

durian samun 1

Peniaga durian disamun lelaki yang mengaku jadi pembeli

korea

Tikaman rambang: seorang maut, 14 cedera di Korea Selatan