in ,

Penjual roti mengaku salah cederakan isteri

IMG 20230526 WA0032
Nor Amin Ahmad mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka, Ayer Keroh, di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, dua minggu lalu.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 26 Mei – Seorang penjual roti mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka, Ayer Keroh, di sini hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Nor Amin Ahmad, 39, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dengan sengaja didakwa menyebabkan cedera parah terhadap isterinya, Noraini Ramli, 40, pada kira-kira pukul 7.55 malam, 11 Mei lalu.

Kesalahan itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di Jalan Kasa Heights, 40, Taman Kasa Height Residence, Alor Gajah.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan denda atau mana-mana dua seksaan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 326 kanun sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, jika mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis dan tidak mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Tertuduh bagaimanapun dalam rayuannya meminta jumlah jaminan dikurangkan kerana perlu menanggung empat anak.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Darmafikri membenarkan tertuduh dijamin RM13,000 dan bersetuju dengan semua syarat tambahan dikemukakan pendakwaan.

Kes akan disebut semula pada 14 Jun ini bagi mendengar fakta dan menjatuhkan hukuman. – nasionalkini.my

scam phone1 1665551071

Gagal bergelar ‘datuk seri’, rugi RM571,000

71644849336 SPRM

SPRM siasat dakwaan rasuah projek Petronas, syarikat antarabangsa bernilai RM399 juta