in

Pengundi Turkiye pilih presiden hari ini

Pusingan kedua pemilihan presiden baharu Turkiye bermula hari ini - Gambar oleh AFP

ISTANBUL, 28 Mei – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menjadi pilihan utama dalam pusingan kedua pilihan raya presiden negara itu hari ini, selepas mendahului pesaingnya pada undian pertama 14 Mei lalu.

Mendahului pesaingnya, Kemal Kilicdaroglu hampir lima mata, peluang Erdogan yang jugapresiden ke-12 Turkiye sejak 2014 dikukuhkan dengan sokongan Sinan Ogan, iaitu seorang ultra-nasionalis yang meriah 5.2 peratus undi.

Parti pemerintah pimpinan Erdogan, Parti AK dan sekutu nasinonalisnya menang dengan majoriti besar bagi kerusi Parlimen, manakala pemilihan presiden menyaksikan Erdogan hampir mendapat 50 peratus undi diperlukan untuk menang.

Kilicdaroglu yang juga Pengerusi Parti Rakyat Republikan (CHP) pula menerima 44.9 peratus undi, sekali gus dilihat sebagai cabaran terbesar dalam pemerintahan Erdogan selama 20 tahun manakala Ogan selaku calon ketiga hanya mendapat 5.17 peratus undi, dipetik dari Agensi.

Dalam pada itu, pencabar Erdogan, Kilicdaroglu menggunakan sentimen pelarian untuk memancing undi masyarakat,

Menerusi kempennya, Kilicdaroglu menegaskan beliau dan kerajaan pimpinannya akan menghantar pulang jutaan pelarian Syria yang berada di negara ini.

Namun, Erdogan menyifatkannya sebagai ucapan kebencian dan memberitahu kepada para penyokongnya bahawa jika Kilicdaroglu menang pilihan raya presiden, ibarat rakyat memilih pengganas untuk mentadbir.

Selain itu, tinjauan dilakukan menunjukkan hampir 60 peratus rakyat Turkiye masih menaruh harapan menyaksikan Erdogan sekali lagi jadi pemimpin negara ini.

Kebanyakannya menzahirkan rasa yakin bahawa Erdogan masih mampu mentadbir Turkiye dengan baik dan berkesan untuk tempoh lima tahun akan datang. – nasionalkini.my

IMG 20230528 100349 6 x 4 inch scaled

Vape pakai buang perlu diharamkan

Boleh semak arah kiblat petang ini