in

Boleh semak arah kiblat petang ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Rakyat Malaysia boleh menentukan arah kiblat cara tepat menerusi kaedah Istiwa Adzam (kaedah bayang matahari ketika matahari atas kaabah) tepat jam 5.18 petang ini.

Melalui kaedah ini, umat Islam berpeluang menentukan sendiri arah kiblat menggunakan bayang matahari sahaja, dibantu dengan peralatan yang mudah iaitu objek tegak seperti sebatang kayu.

Istiwa’ Azam adalah fenomena yang berlaku apabila Matahari berada diatas titik Zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di Median tempat berkenaan.

Ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah, bayang-bayang objek di mana-mana tempat di bumi yang menerima cahaya Matahari boleh menjadi panduan arah kiblat.

Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei (5.18 petang) dan 16 Julai, jam 5.28 petang. – nasionalkini.my

Pengundi Turkiye pilih presiden hari ini

IMG 20230528 WA0036

Ringgit hanya kembali mengukuh jika isu hutang siling AS temui penyelesaian