in

Aspartame punca kanser

Dua sumber dalaman agensi WHO itu memberitahu bahawa pemanis itu akan dikategorikan sebagai karsinogenik oleh Badan Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) bermula bulan depan - Gambar oleh WHO

LONDON, 30 Jun – Aspartame iaitu pemanis yang sering digunakan dalam produk minuman terkenal seperti diet coke jenama Coca Cola akan diisytiharkan sebagai karsinogenik.

Ini juga bermakna bahan itu berbahaya buat kesihatan manusia yang mana boleh menyebabkan kanser, menurut sumber agensi kajian kanser di bawah seliaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selain itu, pemanis berkenaan sering digunakan dalam produk makanan lain seperti gula-gula getah jenama Extra dan coklat Mars.

Dua sumber dalaman agensi WHO itu memberitahu bahawa pemanis itu akan dikategorikan sebagai karsinogenik oleh Badan Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) bermula bulan depan.

Aspartame iaitu pemanis yang sering digunakan dalam produk minuman terkenal seperti diet coke jenama Coca Cola akan diisytiharkan sebagai karsinogenik – Gambar oleh Agensi

Keputusan IARC itu dipercayai diputuskan pada awal bulan ini selepas mengadakan mesyuarat bersama pakar luaran kumpulan tersebut yang berperanan menilai sama ada bahan itu berbahaya atau sebaliknya.

Sementara itu, sejak tahun 1981, (Jawatankuasa Pakar Bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian mengenai Bahan Tambahan Makanan) JECFA memberitahu aspartame adalah selamat untuk dikonsumsi dalam had harian yang diterima.

Sebagai contoh, seorang dewasa yang beratnya 60 kg (132 paun) perlu minum antara 12 hingga 36 tin minuman soda diet setiap hari, bergantung kepada jumlah aspartame dalam minuman tersebut untuk mendatangkan risiko.

Pandangan mereka dikongsi secara meluas oleh pihak pengawal selia negara, termasuk di Amerika Syarikat dan Eropah. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Agong zahir harapan hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi terus kukuh

Lelaki maut dua kereta bertembung