Jakarta 30 April – Kemarau panjang atau cuaca ekstrem yang melanda di beberapa wilayah Indonesia sejak akhir-akhir ini telah mendorong beberapa warga di kawasan terbabit memasak telur dan kerepok di luar rumah mereka tanpa menggunakan bahan api sebaliknya cahaya matahari.
Di Rembang, Jawa Tengah, misalnya, suhu yang mencecah di wilayah itu sehingga 40 derajat Celsius ketika ini menyebabkan seorang warga mengambil kesempatan memasak telur di dalam kuali atau sesuatu bekas di luar rumah.
Ternyata, suhu ekstrem itu tidak disia-siakan sebaliknya ia dimanfaatkan warga terbabit dibawah sinar matahari terik.
Telur yang siap dimasak warga yang bernama Joko Sutopo itu siap dimasak dengan sempurna walaupun ia hanya menggunakan pancaran cahaya matahari di luar rumahnya.
Seperti dipetik dari Tribun.Video.com pada 27 April lalu menyatakan, Joko Sutopo pada awalnya tidak menyangka masakan telur berhampiran rumahnya ketika cuaca ekstrem itu dapat digoreng seperti biasa tanpa menggunakan bahan api seperti gas.
Namun, setelah dicuba beberapa kali akhirnya usahanya berhasil apabila telur dan kerepok mentah yang digoreng itu dapat dimakan dengan sempurna.
Sebelum memasakan makanan itu, menurut Joko Sutopo, dia terlebih dahulu masukan sedikit minyak masak (kelapa) di dalam sebuah bekas di atas tanah di luar rumahnya supaya mendapat sinaran matahari.
Dia berkata, selepas itu, kira-kira 90 minit minyak masak di bekas akan mendidih kemudian dia masukan pula samada kerepok atau telur untuk dimasak.
Joko Sutopo memberitahu, bahan makanan tersebut mengambil masa agak lama juga digoreng sehingga matang. – nasionalkini.my