in

Rampasan Kuasa di Sudan Gagal

s01
Konflik bersenjata di Sudan bertambah buruk walaupun arahan gencatan senjata dikeluarkan pihak berkuasa negara itu - Gambar oleh Agensi

KHARTOUM, 1 Mei – Angkatan Tentera Sudan mendakwa berjaya menggagalkan percubaan pasukan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF) merampas kuasa di negara itu.

Dalam satu kenyataan, Angkatan Tentera Sudan berkata, semua percubaan pemberontak dan ejen mereka dari dalam dan luar negara mempromosi projek dengan menipu orang serta memalsukan fakta berjaya dipatahkan, lapor Agensi.

Menurut kenyataan itu lagi, Angkatan Tentera Sudan sedang berusaha mewujudkan keadaan yang ‘sesuai’ supaya agensi negeri dapat meneruskan kerja dan kehidupan dapat kembali normal secepat mungkin.

Bagaimanapun setakat ini, RSF belum memberi sebarang komen berhubung kenyataan dikeluarkan itu.

Baru-baru ini pertempuran meletus antara angkatan tentera dan RSF di Khartoum, ibu negara Sudan dan beberapa bandar berhampiran walaupun gencatan senjata selama tiga hari sudah dipersetujui.

Kementerian Kesihatan Sudan mendedahkan, lebih 500 orang terbunuh dan lebih 4,000 cedera sejak konflik tercetus pada 15 April lalu.

Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021 selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.

Tempoh peralihan Sudan yang bermula pada Ogos 2019, dijadualkan berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 04 30 at 22.23.25

Cuaca panas, warga masak telur dibawah sinaran matahari

20230501 102642

Axia Selamat, Tidak Dipanggil Semula