KES perselingkuhan (kekasih gelap) sering terjadi meskipun pasangan terbabit sudah berkahwin yang akhirnya menjadi keretakan rumah tangga dan berkunjung dengan perceraian.
Ia apatah lagi perbuatan curang dapat dihidu oleh suami apabila mencurigai tingkah laku isterinya mempunyai kekasih gelap bagi melakukan perbuatan yang terlarang oleh agama Islam.
Viral di media sosial di Indonesia memperlihatkan seorang suami bersama beberapa warga yang tidak dinyatakan kejadian di wilayah mana telah menangkap seorang wanita yang sembunyikan kekasihnya dibawah katil.
Wanita terbabit dikatakan isteri lelaki itu yang melakukan hubungan intim dengan lelaki lain (kekasih gelap) semasa suaminya tiada di rumah.
Dipetik dari portal berita Liputan6.com berdasarkan TikTok @ajiwsudarsono pada 15 April 2023 lalu terdapat seorang suami yang ditemani beberapa penduduk kampung mengetuk pintu bilik isterinya.
Selepas pintu bilik dibuka, wajah sang isteri dilihat dalam keadaan meragukan dan lampu bilik dipadam.
Kemudian wanita ditanya serta disoal sang suami dan warga, tetapi dia mengaku tidak melakukan perbuatan yang terlarang semasa wanita itu bersendirian di rumah.
Sang suami lalu membuka lampu dan terus masuk ke dalam bilik. Kecurangan wanita itu terbongkar apabila suaminya sendiri terjumpa seorang lelaki bersembunyi dibawah katil di bilik itu.
Video itu beredar di media sosial dan pelbagai komen dalam kalangan netizen.
“Bulan Ramadan pun bersembunyi di katil, tidak pergi ke masjid ke,” sindir seorang netizen. – nasionalkini.my