in

41 maut pergaduhan di penjara wanita

IMG 20230621 102439 800 x 500 pixel
Tentera Honduras mengawal keselamatan berhampiran lokasi kejadian susulan pergaduhan membabitkan dua kumpulan di penjara wanita berkenaan - Gambar oleh AFP

TEGUCIGALPA, 21 Jun – Sekurang-kurangnya 41 terbunuh dalam pergaduhan antara kumpulan di penjara wanita di Honduras, semalam.

Menurut jurucakap polis, Edgardo Barahona, insiden itu berlaku di sebuah penjara kira-kira 25 kilometer di utara kota Tegucigalpa.

Katanya, setakat ini 41 dilaporkan maut manakala status mereka belum dapat dipastikan sama ada semuanya banduan.

“Lima wanita lagi cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dipetik dari AFP.

Dalam pada itu, wakil keluarga banduan, Delma Ordonez, mendakwa ahli kumpulan samseng memasuki sel kumpulan yang bergaduh itu sebelum membakarnya.

“Bahagian penjara itu mempunyai kira-kira 900 banduan dan ia musnah sepenuhnya,” katanya kepada media.

Sementara itu, Presiden Honduras, Xiomara Castro melahirkan rasa terkejut dengan kejadian berkenaan dan menyatakan solidariti dengan keluarga mangsa. – nasionalkini.my

IMG 20230621 094757 800 x 500 pixel

Tambah baik silibus Sejarah

IMG 20230621 104921 800 x 500 pixel

Agong, Permaisuri berangkat ke Tanah Suci tunai haji