MANAMA, 20 Ogos –Hampir 500 banduan di penjara Bahrain melancarkan mogok lapar sebagai bantahan besar-besaran terhadap sistem penjara negara teluk tersebut.
Memetik globalvoices.org kebanyakan banduan berkenaan memulakan mogok lapar pada 7 Ogos lalu sebelum diteruskan beberapa yang lain melancarkan tindakan yang sama.
Menurut bekas banduan yang dibebaskan, tindakan mogok tersebut dilakukan bagi memprotes kerana beberapa tuntutan oleh banduan berkenaan diabaikan termasuk memohon tambahan masa di luar sel, meringankan sekatan ke atas lawatan keluarga serta penambahbaikan kemudahan kesihatan, pendidikan dan akses rawatan kesihatan kepada banduan.
Namun Kerajaan Bahrain menafikan pencabulan hak sedemikian dan Jabatan Komunikasi Penjara menegaskan pihaknya komited melindungi hak asasi manusia sselain memastikan piawaian antarabangsa dipenuhi untuk semua urusan dengan banduan.
Pihak penjara turut memberitahu tiada tahanan yang dibuli dan didera dalam penjara meskipun ia terkenal kerana menahan banduan dan tahanan politik.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Bahrin pula menegaskan siasatan lanjut akan dilaksanakan untuk memastikan semua banduan mendapat hak sama rata. – Agensi