in

OPR dijangka kekal hingga tahun depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus untuk tempoh enam bulan hingga 12 bulan akan datang berikutan trajektori menurun yang berterusan kadar inflasi utama dan inflasi teras.

Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya bagaimanapun berkata, kemungkinan perubahan harga dalam makanan dan komoditi disebabkan ketidaktentuan dasar kerajaan, risiko geopolitik serta keadaan cuaca boleh memberi kesan ketara kepada prospek inflasi.

“Oleh itu, BNM berkemungkinan akan terus menerima pakai pendekatan yang bergantung kepada data dalam proses membuat keputusan,” katanya kepada BH.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM bulan lalu membuat keputusan untuk mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.

Ia selepas MPC membuat keputusan luar jangkaan pada Mei dengan menaikkan penanda aras kadar faedah pinjaman dan tabungan itu sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.- nasionalkini.my

Diana mahu pisah cara baik

Nik Abduh ‘buka puasa’ politik