in

Diana mahu pisah cara baik

Diana Danielle

SHAH ALAM, 8 Ogos – Pelakon Diana Danielle enggan terlalu gembira meskipun kemelut rumah tangga dengan suaminya, Farid Kamil bakal menemui jalan penyelesaian Khamis ini.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, bagaimanapun mengharapkan apa pun keputusan yang bakal diambil akan berakhir dengan harmoni tanpa perlu bermusuhan.

“Saya hanya akan lega kalau betul-betul berakhir.

“Sekarang, saya masih dalam keadaan menunggu keputusan dan insya-Allah, saya mahu bersangka baik.

“Saya mahukan pengakhiran yang aman untuk kami kekal hubungan baik demi anak-anak dan silaturahim antara kami.

“Saya berdoa semoga kami capai kata sepakat diikuti penamat yang baik.

“Apapun saya kena bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

Tampil mengenakan jubah berwarna pastel dan bertudung corak bunga, pelakon filem ‘Imaginur’ ini hanya mengharapkan krisis rumah tangganya diselesaikan dengan segera kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak.

“Nak kata berdebar tunggu keputusan tidaklah sangat.

“Cuma, perkara ini membabitkan keluarga.

“Ia juga memberi impak kerana membabitkan perasaan dan masa depan.

“Disebabkan itu, kami perlu meletakkan isu konflik rumah tangga ini sebagai sesuatu yang serius.

“Saya tak mahu terlalu banyak memberi kenyataan kerana Farid tiada hari ini,” katanya ketika ditemui selepas kes tuntutan hadanah interim di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, pagi tadi.

Diana diwakili peguam. Datuk Akberdin Abdul Kader.

Terdahulu, keputusan kes perceraian Farid dan Diana dijangka diketahui Khamis ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari seperti difailkan pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu pada 10 Mac lalu.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

https://www.nasionalkini.my/hiburan/selena-gomez-pernah-sakit-mental/

padi

Kadar subsidi harga padi naik mulai esok

OPR dijangka kekal hingga tahun depan