in

Nik Abduh ‘buka puasa’ politik

IMG 20230729 183536 800 x 500 pixel
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU, 8 Ogos – Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menarik balik keputusannya untuk ‘berpuasa’ dari arena politik negara.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

“Saya berbuka puasa.

“Payah puasa politik rupanya.

Kelat mulut,” ujarnya.

Rata-rata komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya meminta Nik Abduh kembali meneruskan perjuangan politik bagi menyambung legasi arwah bapanya, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sinar Harian pada 31 Julai melaporkan, Nik Abduh mengesahkan ‘berpuasa’ dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menerusi satu hantaran dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini.

“Saya berpuasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.

“Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.

“Semoga PAS bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” katanya.- nasionalkini.my

IMG 20230808 150335 800 x 500 pixel

OPR dijangka kekal hingga tahun depan

IMG 20230616 093542 800 x 500 pixel

Wabak ILI terus meningkat