in

PERDIM, Olylife 131 Group jalin kerjasama strategik

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PERDIM dan Olylife 131 Group di Kuantan

KUANTAN, 16 Julai – Persatuan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pembekal peralatan kesihatan, Olylife 131 Group di Kuantan, semalam.

Majlis menandatangani MoU itu dihadiri Presiden PERDIM, Dr Boi Saidi Abdul Razak; bekas Presiden PERDIM, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail; Penasihat Olylife 131 Group, Datuk Hisham Abdullah dan Pengarah Urusan Olylife, Damien Lim.

Dr Boi Saidi bersama Datuk Hisham Abdullah pada majlis menandatangani MoU antara PERDIM dan Olylife 131 Group di Kuantan

Melalui MoU itu PERDIM yang mempunyai kira-kira 1,300 ahli akan diberi taklimat lengkap berkaitan produk kesihatan disediakan Olylife dalam membantu ahli merawat pesakit mereka.

Hisham ketika ditemui selepas majlis MoU itu berkata, syarikat berkenaan memiliki tiga produk yang sudah memasuki pasaran Indonesia sebelum ini.

“Berdasarkan sambutan di sana (Indonesia), kami melihat potensi memperkenalkan produk dipasarkan Olylife di Malaysia masih terbuka.

“Jadi, kami sangat terharu apabila pihak PERDIM melalui Presidennya, Dr Boi Saidi, bersetuju untuk menjalinkan kerjasama melalui MoU ini.

“Kita harap ia dapat membuka ruang kepada Olylife meneroka pasaran tempatan selepas berjaya menembusi pasaran di negara jiran,” katanya.

Gambar oleh Olylife 131 Group

Antara produk Olylife yang paling mendapat sambutan hangat adalah ‘Olylife THZ Tera P-90’ yang juga merupakan peralatan terapi kaki.

Menggunakan teknologi terkini dari Jerman, produk itu sangat mudah digunakan dengan hanya meluangkan masa selama 30 minit setiap pagi dan sebelum tidur.

Dr Boi Saidi bersama Datuk Hisham dan Damien pada majlis menandatangani MoU antara PERDIM dan Olylife 131 Group

THZ Tera P-90 menggunapakai teknologi resonan elektromagnetik dan gelombang Terahertz dan selamat untuk setiap peringkat usia.

“Rawatan terapi kaki ini mampu melancarkan pergerakan darah, mengurangkan kesan diabetes, strok dan obesiti,” kata Hisham lagi.

Sementara itu, Dr Boi Saidi berharap kerjasama antara PERDIM dan Olylife 131 Group dapat membuka ruang lebih luas kepada kedua pihak dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti dan kompetitif. – nasionalkini.my

PERDIM kumpul dana demi program CSR

Nenek maut tercekik biji rambutan