in , ,

Melaka ‘intai’ Dubai, Filipina untuk  sektor pelancongan kesihatan

WhatsApp Image 2023 05 15 at 8.57.43 PM

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 15 Mei – Melaka akan memperkasakan lagi sektor pelancongan kesihatan negeri dengan beberapa negara lain selain Indonesia yang menjadi penyumbang terbesar sektor itu, ketika ini.

Exco Pelancongan, Seni Warisan dan Warisan dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, berdasarkan sambutan baik diterima rakyat Indonesia yang menjadikan Melaka destinasi untuk mendapatkan rawatan kesihatan, ia tidak mustahil untuk diperluaskan ke beberapa negara lain.

“Antaranya termasuklah Dubai dan Filipina baru-baru ini yang mana berdasarkan kempen promosi disertai wakil dari hospital swasta di negeri ini, ia menunjukkan sambutan yang amat mengalakkan.

razak rahman
Exco Pelancongan, Seni Warisan dan Warisan dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

“Jadi saya melihat, sektor pelancongan kesihatan di Melaka sebenarnya berpotensi besar untuk menarik minat pelancong dari negara lain selain Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sambutan penerbangan pertama pesawat Wings Air dari Pekan Baru ke Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BBP), Sa’ari Basiron.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata, penerbangan pertama Wings Air hari ini menyaksikan kira-kira 85 peratus daripada 60 penumpang yang tiba adalah untuk mendapatkan rawatan kesihatan di beberapa hospital swasta di sini.

“Kerajaan negeri berharap dapat terus memupuk kerjasama strategik ini dengan lebih ramai peneraju industri untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada pesakit antarabangsa,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 15 at 7.06.28 PM

Eversendai raih projek baharu bernilai RM1.1 bilion, optimis kembali pulih

DR. MAHATHIR MOHAMAD re

Tun M gelar PM ‘Mat Retorik’ cakap tanpa bukti