in

PAS Terengganu nafi guna Ervan untuk promosi PRN

dr alias
Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Alias Razak berkata, tuduhan yang disebarkan di media sosial itu adalah semata-mata mahu menjatuhkan reputasi pempengaruh berkenaan

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos – PAS Terengganu menafikan dakwaan mengupah pempengaruh terkenal di negeri itu untuk mempromosikan parti pada pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK), 12 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Alias Razak berkata, tuduhan yang disebarkan di media sosial itu adalah semata-mata mahu menjatuhkan reputasi pempengaruh berkenaan selain disifatkan sebagai mudah ‘dijual beli’.

“Ini satu fitnah yang jahat dan tidak benar malah tuduhan jahat ini merupakan satu penghinaan kepada Ervan dan juga anak muda Terengganu kerana seolah-olah harga diri mereka amat murah untuk dijual beli,” katanya.

ervan
Baru-baru ini Ervan memuat naik video berdurasi 22 saat di laman sosial Facebook mengingatkan supaya orang ramai menjalankan kewajipan mengundi pada 12 Ogos ini.

Terdahulu tular, Ervan atau nama sebenarnya Muhammad Syahmie Rizuan Mohd. Yusof memuat naik video berdurasi 22 saat di laman sosial Facebook mengingatkan supaya orang ramai menjalankan kewajipan mengundi pada 12 Ogos ini.

Mengulas lanjut, Dr Alias berkata, video memaparkan sokongan terhadap PAS yang dimuat naik pempengaruh berkenaan dalam media sosialnya dilakukan secara sukarela.

“Saya yakin saudara Ervan membuat video-video sokongan beliau kepada PAS bukan kerana apa-apa habuan yang diterima daripada mana-mana pihak namun kerana beliau sebagai anak muda tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata. – nasionalkini.my

Kelantan TRW tamat badi kalah

Ronaldo kemudi Al-Nassr ke final Liga Pro Saudi