KUALA LUMPUR, 15 Ogos – China semakin hampir memintas Jepun sebagai pengeksport kereta terbesar dunia, demikian menurut laporan terkini Moody’s Analytics.
Penganalisisnya, Sarah Tan dan Harry Murphy Cruise, berkata pasca COVID-19 menyaksikan China memintas Korea Selatan pada 2021, disusuli Jerman tahun lalu untuk menjadi pengeksport kereta kedua terbesar dunia.
Katanya, negara Tembok Besar itu semakin menghampiri Jepun dengan hanya kekurangan sekitar 70,000 unit kereta sebulan pada suku tahun pada Jun, berbanding hampir 171,000 unit tempoh sama tahun lalu.
“Pada kadar sebegini, China berada di landasan tepat untuk memintas Jepun sebagai pengeksport kereta terbesar dunia menjelang akhir tahun ini,” katanya kepada BH.
Untuk rekod, Jepun menguasai pasaran eksport automotif sejak 2019.- nasionalkini.my