in ,

KKM lulus 359 rayuan penempatan perubatan di seluruh negara

doktor kontrak 1
KKM telah meluluskan 359 rayuan permohonan penempatan pegawai perubatan di seluruh negara setakat ini,

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – 359 rayuan permohonan penempatan pegawai perubatan di seluruh negara telah diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini.

 Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah permohonan selebihnya pula akan diperhalusi selepas ini berdasarkan kepada merit rayuan dan kekosongan di kawasan penempatan yang dipohon.

zaliha
Zaliha berkata rayuan selebihnya akan diperhalusi selepas ini berdasarkan kepada merit rayuan dan kekosongan di kawasan penempatan yang dipohon.

“Kalau rayuan ada merit dan mungkin penempatan yang mereka minta itu ada kekosongan, kita akan cuba permudahkan permintaan tersebut.

“Namun pada masa ini kita kena berhenti sekejap untuk pastikan mereka melakukan tugas dulu kerana perkhidmatan sebagai doktor dan penjawat awam kena diteruskan,” katanya.

akhir Julai lepas, KKM menerima 1,834 rayuan pertukaran penempatan pegawai perubatan dan antara alasan dikemukakan adalah pegawai sedang mengikuti pengajian kepakaran dan berdepan masalah keluarga yang serius.

Sebagai rekod, pada 2022 pelantikan pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap dilaksanakan secara besar-besaran dan diteruskan tahun ini dengan penawaran pelantikan tetap berdasarkan 4,263 kekosongan jawatan tetap di fasiliti kesihatan di seluruh negara. – nasionalkini.my

pesuruhjaya Pas pahang

Keputusan PRN bukti penolakan rakyat, pemimpin wajar nilai semula keinginan pengundi

China bakal pintas Jepun eksport kereta