in

Statistik DOSM merisaukan

IMG 20230626 135412 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

LIPIS, 20 Jun – Penerbitan laporan perdagangan Malaysia untuk tahun lalu yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan angka yang merisaukan.

Menurut laporan itu, jumlah dagangan Malaysia secara keseluruhan pada tahun 2023 merosot berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Presiden Persatuan Rangkaian Muslim Inovasi Malaysia, Dr Abdul Rasid Md berkata, angka dan statistik ini perlu dijadikan ‘wake up call’ oleh kerajaan Madani dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Abdul Rasid Md Ali

“Kalau kita teliti laporan berkenaan, jumlah eksport direkodkan menurun sehingga lapan peratus dan kadar import juga mencatatkan kemerosotan hingga 6.4 peratus.

“Angka ini boleh menjejaskan keyakinan pelabur asing untuk menanam modal di Malaysia,” katanya.

Selain itu, Dr Abdul Rasid memaklumkan jumlah dagangan dicatatkan turut terjejas hingga 7.3 peratus manakala lebihan dagangan pula menjunam kepada 16.4 peratus.

“Kita bimbang di sebalik beberapa pengumuman besar dibuat Anwar setiap kali pulang dari lawatan rasmi ke luar negara, namun hakikatnya tidak seindah digambarkan.

“Dalam hal ini, kerajaan perlu realistik dan tidak hanya memaparkan ‘angka pada kertas’ semata-mata.

“Kalau boleh, rakyat mahu lihat kesan daripada pengumuman pelaburan puluhan bilion yang dibawa pulang selepas Anwar kembali daripada kunjungan ke negara Eropah dan Asia Barat,” jelasnya. – nasionalkini.my

IMG 20240620 092354 800 x 500 pixel

Yayasan Ikram laksana ibadah korban

IMG 20240620 121839 800 x 500 pixel

Tukang masak profesional Taiwan ‘terbang’ ke Sang Riang